Showing newest 1 of 2 posts from January 2009. Show older posts
Showing newest 1 of 2 posts from January 2009. Show older posts
| 5 comments ]



Sabtu lepas, sempat saya menyertai rapat umum yang dianjurkan Aman Palestin di Stadium Melawati, Shah Alam.



Tabik daripada saya untuk usaha Aman Palestin kerana turut menganjurkan rapat umum . Dan membawa wakil-wakil daripada pelbagai pihak seperti PAS, UMNO, ABIM, ISMA dan wakil HAMAS untuk sama-sama berada di atas satu platform. Bersama bersatu suara untuk Palestin.






Saya cukup tertarik dengan ucapan ringkas saudara Yusri Mohamad yang mewakili ABIM. Mengingatkan bahawa rapat umum ini bukan sekadar untuk melepaskan geram. Tetapi untuk sama-sama bermunajat bagi saudara-saudara di Palestin. Satu peringatan yang cukup penting untuk semua yang hadir. Agar tidak terbuai hanya dengan amarah dan amukan semata. Biar semangat itu datang dengan faham.



Walaubagaimana pun saya masih tidak dapat bersetuju dengan laungan-laungan ‘laknat Yahudi’ secara umum yang sering kedengaran. Seperti yang pernah saya sebutkan di dalam tulisan saya Tumbesaran Kezaliman.



Di luar Stadium Melawati, Shah Alam



“Akak menang motto...”(intonasi iklan)




Semalam, isteri saya mendapat panggilan dari pihak Dawama Sdn. Bhd. berkenaan pertandingan Teka Berat Buku yang kami sertai di Pesta Jualan Buku DBP 2008. Kami dijemput untuk ke majlis penyampaian hadiah (melihat pada borang kami ditanda no.2, tempat kedua barangkali). Kami tewas pada pemenang tempat pertama dengan beza 5kg sahaja.



Baik pemenang mahupun isteri saya, kedua-duanya menggunakan teknik meneka berat yang hampir serupa. Pemenang menganggarkan berat timbunan buku-buku sama dengan tiga kali berat badannya. Manakala isteri saya menggangar berat buku yang kelihatan maha berat itu dengan tiga kali berat badan saya.



Dan ianya hampir tepat...berat juga rupanya saya.




alFaisal

Kuala Lumpur

12 Januari 2009 / 15 Muharam 1430

3.05 pm

http://demipena.com


Baca selebihnya...