“Taubat saya ni macam taubat main-main pula rasanya”
“Macam mana tu?”
“Sebelum ni saya pernah berjanji pada Tuhan saya nak berubah, tapi akhirnya kembali buat dosa. Kekadang rasa nak give up, rasa nak jadi macam kawan-kawan yang lupakan terus agama. Tapi memandangkan tu dah macam murtad, tak jadilah” luahnya lagi.
Saya memahami perasaannya kerana sekalipun keadaan dan latar belakang kami berbeza, tetapi saya pernah berada dalam satu ujian yang hampir sama. Saya bersyukur fitrahnya masih berdetik.
“ Itu membuktikan awak ada kuasa untuk memilih, jadi mengapa tak memilih untuk terus mencuba?”
“Saya yakin Tuhan masih menyayangi awak dan tak pernah berhenti memberi awak peluang” saya berusaha membantunya.
“Saya rasa Tuhan benar-benar dah berhenti memberikan peluang. Ya lah selepas begitu banyak dosa yang saya lakukan dan janji kepada Tuhan yang saya mungkiri” ujarnya.
“Itulah silapnya kita, Dia tidak pernah berpaling daripada hambaNya. Kita yang biasanya pandai-pandai menyangka begitu. Akhirnya kita memusnahkan diri kita sendiri” saya cuba membetulkan persepsinya.
“Tak, saya rasa Dia betul-betul dah berpaling, sebab selepas setahun saya cuba menjadi ‘bersih’, emm bersih versi sayalah, tetiba saya kembali buat dosa. Saya macam tak boleh berfikir dan hati macam dah…” dia tidak menghabiskan luahannya.
“Emm cerita awak benar-benar mirip ceritanya” saya menyambung.
“Cerita siapa?” tanyanya ghairah ingin tahu.
“Adam dan Hawa!” jawab saya.
“Uh, jauh betul saya daripada mereka” balasnya.
“Kalau nak bandingkan secara literal cerita awak dan Adam dan Hawa tu tentulah jauh, tetapi intinya ada yang boleh diambil pengajaran”
“Al-Qur’an menceritakan Adam dan Hawa hidup dalam keadaan ‘suci’ dan taat pada Penciptanya. Sehingga suatu hari mereka tertipu dengan pujuk rayu Iblis dan menjamah buah daripada pohon yang Tuhan larang mereka dekati. Bayangkan selama ini mereka adalah hamba yang taat dan penuh suci, tergelincir pula dalam keingkaran. Sebelum itu mereka bebas melakukan segalanya kecuali yang satu itu. Itupun masih melakukan perkara yang dilarang Tuhan. Adakah Allah berpaling dan meninggalkan mereka?” soal saya.
“No idea” jawabnya.
“Tidak, Allah menerima taubat mereka. Adam dan Hawa juga patutnya dah boleh give up, ketinggian darjat selama ni tercemar dengan sekelip mata. Namun mereka tidak memilih untuk putus asa, mereka terus memohon ampun. Kerana mereka tahu Tuhan itu Tuhan yang Pengasih dan Penyayang” jelas saya.
“Emm…”
Saya berharap perkongsian saya membantunya untuk faham. Kemudian mencari saki-baki kekuatan untuk terus dengan usahanya.
“Dulu saya cuma tahu yang selepas mereka makan buah pokok larangan tu, mereka dihantar ke bumi, terpisah untuk suatu masa yang lama. Kemudian ustazah ada cerita, sebab makan buah tu lah maka lelaki ada halkum dan perempuan ada payu dara,” ujarnya.
“Wallahua’lam tak pernah pula dengar riwayat halkum dan payu dara tu. Itulah silapnya, apabila mengajar agama fokus diberikan kepada perkara yang tak perlu. Bukannya mengambil inti pengajaran daripada kisah tu yang diperlukan murid” saya meluahkan rasa tidak senang saya.
“Mungkin disebabkan mereka dilatih sebegitu dan tak cukup dedikasi untuk melakukan penyelidikan sendiri” balas sahabat saya itu.
“Allah lebih Mengetahui” komen ringkas saya.
Perbualan kami kemudiannya terus mengarah kepada topik-topik lain. Saya mendoakan sahabat saya itu memperoleh motivasi untuk terus berusaha berubah. Sesungguhnya Tuhan memberi ganjaran kepada usaha, bukannya hasil.
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ
إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [az-Zumar 39:53]
alFaisal
Keramat
17 Jun 2009 / 23 Jamadil Akhir 1430
5.45 pm




10 comments
tersentuh hati saya baca entri ni.. pernah suatu ketika dulu saya rasa jauh sangat dari jalan yang lurus...
penah jumpa kawan yang putus asa dgn kehidupannya.
tapi, hny mampu menjadi pendengar setia sbb x mampu nak kata apa2 :(
entry ini sedikit sebanyak memberi idea dlm memberi nasihat buat org lain serta motivasi buat diri sendiri =)
~nEmo~: Kadangkala mendengar itu mungkin approach terbaik terutamanya perempuan (yang biasanya meluahkan untuk sekadar didengari). Bergantung pada keadaan, bertindak mengikut keadaan =) Yang penting dalam mendengar cuba fahami insan tersebut.
bagus btul tulisanmu ini, seraya membuatkan aku yg terasa hina dina dan hampir2 putus asa ni bersemangat kembali. mmg susah nak bertobat dan buang tabiat lama....huhu
ya, betul tu. siapa lagikah yang lebih pemaaf dari Yang Maha Pemaaf?
sekiranya hambaKu datang kepadaku dengan dosa sebesar bumi,
maka Aku membawa kepadanya sebesar itu juga keampunan..
dan AKU TAK PEDULI!!
- hadis Qudsi -
hmm..sy prnah hidupla dgn org yg cpt brputus asa ni & terumbang-ambing..berkali-kali bri nsihat tp alasan biarlah buat dgn hati yg ikhlas...dipaksa marah & ckp x memahami...ad masalah je lri n cpt pts asa...n mengaku diri jhat..skg nih da lm x cntact die..hrp2 die x der la trjerumus dgn pkara bkn2..dh cbe sdaya upaya...yg slebihnya tawakal je la..
moga2 iman kita sbgi ummat Islam akan dikuatkan
terima tulis entry ni..
Assalamualaikum. Memang bagus post kali ni. Betul2 mengingatkan saya tentang sifat Allah yang maha mengasihi akan hambanya dan sentiasa menerima taubat. Thanks for the share :)
Moga2 dgn post awk kali ini, kta blh bantu insan2 yg almost putus asa dlm hdp mereka utk kembali ke jln Allah..
Alhamdulillah~
Syukur I read this.
Thanks a lot.
Post a Comment