| 14 comments ]


Baru-baru ini terdapat sebuah komentar kepada tulisan saya yang bertajuk Taat Allah tolak Rasul? Satu Penilaian Ringkas (siri 1). Alhamdulillah walaupun sudah hampir dua tahun ditulis, tulisan tersebut masih membuka ruang untuk sebuah perbincangan. Saya rasa lebih molek jika saya turut berkongsi penjelasannya di sini.


Anonymous berkata, “Renungkan apa mesej Allah pada Surah 39 ayat 45 dan juga Surah 40 ayat 12.

yg bermaksud Apabila ALLAH SAHAJA di sebutkan, hati hati org yg tidak percayakan Akhirat merasa kecut dgn kebencian tetapi bila saja nama lain di sebutkan DISAMPINGNYA , mereka meras puas hati.

Ini adalah kerana apabila ALLAH SAHAJA yg diUTARAKAN, kamu mengingkarkan, tetapi apabila yg lainnya disebutkan diSAMPINGNYA, kamu percaya.

Rasanya kalau rujuk ALQURAN saja tak setuju tapi kalau ada hadis disampingnya OK setuju.

Ingat!!! Tiada tuhan disamping Allah dan jgn memuja sesiapa selain DIA.

Allah tidak akan membimbing manusia yg menyimpan terlalu banyak keraguan terutama akan mesej ayat-ayatnya yg JELAS LAGI TERPERINCI dan penuh dgn BUKTI_BUKTI. Sudah mencari BUKTI-BUKTINYA? Mengapa kita hendak melencong?”


Saya amat menghargai setiap pandangan yang diberikan melalui ruang komentar. Kerana InsyaAllah ia dapat memperkayakan lagi pemahaman.


Berbalik kepada ayat al-Qur’an yang diberi, mudah untuk faham bahawa ayat itu ditujukan kepada orang yang mensyirikkan Allah (menyekutukan Allah dengan selainnya).


Oleh kerana majoriti kaum Muslimin selain membaca al-Qu’ran (kalam Allah) turut meneliti tunjuk ajar Rasulullah SAW (hadis) dalam memahami sesuatu ayat. Maka saudara/i membuat kesimpulan mereka tidak merasa puas dengan ayat-ayat Allah sahaja, sehingga perlunya mendengar tunjuk ajar Rasulullah SAW. Dan itu membawa kepada kesimpulan saudara/i yang mereka'mensyirikkan' Allah.


Ya itu mungkin benar bagi mereka merasakan kitab Allah itu tidak lengkap dan ada kelompongan yang memerlukan sumber lain untuk menutup kelompongan itu.


Bagi majoriti umat Islam yang waras tidak berfikir begitu. Bagi kami al-Qur’an itu lengkap sempurna isi dan prinsipnya. Rasululllah SAW pula adalah penjelas al-Qur’an yang diutuskan Tuhan. Malah diberitahu sendiri oleh Tuhan bahawa inilah orangnya yang akan memperjelaskan makna-makna al-Qur’an. Firman Allah SAW,


وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ

Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Qu’ran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan (لِتُبَيِّنَ) kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka.” [an-Nahl 16:44]


Sekiranya seorang Raja berkata kepada Menteri Besar (ni bukan MB rampas kuasa ye), "Wahai menteri besar, katakan pada penduduk negeri kamu. 'Sekiranya kamu semua rakyat taat pada Raja maka ikutlah aku'." Apakah maksudnya?


Rakyat tentu faham maksud Raja tentunya menyatakan Menteri Besar adalah waklil yang diamanagkan Raja. Dan dia juga orang yang sepatutnya diikuti keputusannya.


Apabila Raja segala Raja menyatakan dalam firmanNya,


قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ

وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."[Ali Imran 3:31]


Maka apakah yang menolak untuk mengikuti tunjuk ajar Rasulullah SAW (hadis) itu boleh dikatakan mengasihi Allah, mematuhi perintahnya dan mengkuti al-Qur’an?

Wallahua'lam


Baca juga Taat Allah tolak Rasul? Satu Penilaian Ringkas (siri 2)


alFaisal

Kuala Lumpur

16 April 2009 / 20 Rabiul Akhir 1430

3.19 pm

http://demipena.com


14 comments

Wardatul Shaukah said... @ April 16, 2009 5:01 PM

salam.

pertama kali dengar orang kata syirik dengan mengikut telunjuk Rasulullah. hmm. mungkin pembaca tersebut salah faham atau masih keliru dengan cinta pada Allah sebagai hamba-Nya dan cinta pada Rasulullah sebagai umatnya.

dalam hadis yang pernah teeny baca tapi agak lupa-lupa juga ayatnya, yang teeny ingat bunyi dia macam ni; "Barangsiapa yang mencintai aku, maka dia mencintai Allah.."

teeny lupa hadis mana, boleh tak bro betulkan? dan tentang artikel bro "Taat Allah tolak Rasul" tu bagi teeny dah cukup jelas apa yang bro komentarkan dan mampu difahami. cukup berpuas hati atas penerangan tersebut, lebih-lebih lagi apa yang bro tekankan tu adalah soal aqidah.

Taat Allah, taat Rasul.. bukankah itu asas?

alFaisal said... @ April 16, 2009 5:59 PM

Dari apa bro faham, yang memberikan komentar tu berpandangan cukuplah al-Qur'an sebagai rujukan. Mengapa perlu menoleh kepada hadis?

Beliau menegaskan pandangan beliau ada dasarnya dalam al-Qur'an. Sebab itu bro ajak berbincang dengan sesuatu yang kami sama sepakat perlu diikuti, al-Qur'an.

p/s: Maaf bro tak dapat betulkan kerana tak pernah dengar (atau mungkin tak ingat) lafaz hadis sedemikian. Bro terpaksa diamkan dulu :)

ibnyaacob said... @ April 16, 2009 6:57 PM

mungkin yang mengomen tidak jelas tentang mengapa diutuskan rasul atau risalah setiap rasul.

alFaisal said... @ April 17, 2009 11:35 AM

Wallahua'lam mungkin. Sebab komentar pun pada Part 1, sedangkan perhalusannya pada Part 2. Silap ana la ni suka tulis bersiri lepas tu jauh-jauh jarak waktu hehe :P

Najib said... @ April 17, 2009 12:41 PM

haha well done brother, very good explanation. psl y penjelasan bersiri tu ader mention kan y tu first part ader y akn menyusul?

haha sebab tu al-quran x turun ader series kot (dlm jarak masa y sgt jauh). ..sila baca dgn nada iklan kat tv3 (Al Quran siri ke 2 dptkan skrg. Sementara stok masih ader!!)

alFaisal said... @ April 17, 2009 2:35 PM

Ya sudah ditulis 'bersambung'.

Hehe alamak lama dah tak tengok TV (kecuali berita ataupun Hujah TV9). Tak perasan pulak iklan tu :P

Najib said... @ April 17, 2009 4:17 PM

oh bkn iklan btul haha rekaan semata mata

crimsonskye said... @ April 22, 2009 1:58 PM

First time jugak dengar pasal isu ni... dalam Quran pun dah memang banyak ayat2 yang suruh taatkan Rasul kan? Wa ati'ullaha wa rasuluh.

It couldn't get any clearer than that.

paan said... @ April 23, 2009 1:36 AM

salam,ini kali pertama saya sampai ke blog ni.Dan sangat beruntung sebab terus dapat info yang berguna nie.Terima kasih atas usaha saudara dalam menyampaikan ilmu yg amat berguna kepada insan yg tidak tahu.terima kasih lagi saya ucapkan kepada saudara kerna sudi menyertai TEAM BLOGGER.diharapkan saudara dapat membantu di site tersebut..

joko said... @ May 27, 2009 2:30 AM

di Al quran dikatakan untuk tidak mebeda-bedakan rasul Allah, dan bahwa rasul hanyalah pemberi peringatan, tidak mengetahui hal yang gaib(2:136), (4:150-152)

Anonymous said... @ August 27, 2009 6:15 PM

salam,

sekadar berkongsi...

...dan siapakah orang yang lebih benar hadisnya daripada Allah?” an-Nisa' ayat 87

alFaisal said... @ August 28, 2009 4:24 PM

Terima kasih untuk perkongsian.

Benar ayat tersebut menyatakan tiada hadis (perkataan) yang lebih benar daripada perkataan Allah. Merujuk kepada keseluruhan ayat,

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Sesungguhnya Dia akan mengumpulkan kamu di hari kiamat, yang tidak ada keraguan terjadinya. Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan (nya) daripada Allah. [ Nisa' 4:87]

Tiada perkataan yang lebih benar daripada perkataan Allah merujuk kepada kenyataan Allah SWT sebelum-sebelumnya iaitu mengenai tiada ilah selainnya dan manusia akan dikumpulkan di hari kiamat.

Kalau difahami secara berasingan pun, ianya mengukuhkan lagi bahawa semua arahan Allah SWT untuk mengikuti Rasulullah SAW dan bahawa Rasulullah SAW diutuskan untuk menjelaskan kandungan al-Qur'an adalah benar. Dan sesiapa mengatakan sebaliknya bagai menyatakan Allah SWT berdusta. Wallahua'lam.

Anonymous said... @ August 29, 2009 6:52 PM

salam,

sekadar berkongsi...

"Kewajiban Rasul tidak lain hanyalah menyampaikan, dan Allah mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan." al-Ma'idah ayat 99

"Seandainya dia (Muhammad) mengadakan satu perkataan atas (nama) Kami,niscaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya, Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya." al-Haaqqah ayat 44-46

dari amatan saya, takat yang Allah berikan masa dan luangan dalam mengkaji perihal hadith, ini antara luahanan sekadar kongsian, biar kita renungi.

lebih 200 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., baru timbulnya beberapa pengumpul hadith seperti Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan lain2. Mereka membentangkan ratusan-ribu hadith dan daripada ratusan-ribuan itu hanya sebilangan yang mereka bicarakan sebagai sahih.

Jika perkara diatas dibicarakan atas logis akal, tentu sekali ketika pengumpulan hadith2 itu berlaku, adalah tanpa kehadiran dan kesahan dari Rasulullah.

Siapa yang ngga' pernah ke kem motivasi? kebanyakan kita semua pernah ia?. Cuba pak Faisal ingat salah satu acara itu ialah: dimana fasilitator menjarakkan sesama ahli dalam kumpulan, lalu diceritakan 1 cerita kepada ahli yang pertama, supaya diceritakan kepada yang seterusnya, lantas diceritakan lagi hingga kepada yang terbelakang. lalu yang terakhir itu diminta menceritakan kembali kepada fasilitator tadi. Nah!.. kan udah lain ceritanya... perbedaan jarak, masa dan bilangan perawi boleh menyebabkan satu-satu perkara itu mengalami distorsi.

Saya tidak membicarakan tentang anti-hadith. Malahan saya mengikut sesuatu hadith itu jika didapati kesahihannya dan tidak punya konflik dengan al-Quran. Antara hadith itu ialah yang tanpa perawi. seperti yang Rasulullah bicarakan semasa Haji Wada'.

Kita sedar peratusan hadith yang tidak boleh diambil sebagai sahih, berbending yang sahihnya, adalah amat tinggi. Maka adakah kita pasti hadith yang dibicarakan sahih daripada perawi2, masih boleh dianggap sahih?. kerana kita harus ketahui periodisasi pengumpulan hadith adalah ketika Islam sedang berkembang, dan dimana ajaran injil yang terseleweng juga masih tidak hilang dari bumi.

Cuba renungkan... Adakah beberapa hadith boleh diambil dari injil tanpa sengaja? Mungkinkah maselah komunikasi boleh menyatukan ajaran Islam dan Kristen atau agama lain? Adakah firman Allah boleh diragui seperti kata-katanya seorang manusia?

makasih.

Anonymous said... @ December 30, 2009 7:37 PM

Terima kasih untuk blog yang menarik

Post a Comment