Kebelakangan ini agak sibuk menyiapkan blog untuk kumpulan 5forty2 yang akan kembali aktif menghasilkan lagu rap. Lagu pertama yang diedarkan setelah agak lama menyepi bertajuk Balada Palestine.
Adakah ingatan kita kepada mereka masih kuat? Atau sedar kita hanya mengikut naik turut, hangat dingin liputan media? Yang pasti saudara kita di sana masih belum aman. Lagu saya dan kawan-kawan ini hanya sebuah bingkisan untuk mengingatkan diri dan berkongsi dengan pembaca. Bahawa Palestin masih belum bebas.
Lagu ini sepatutnya dirakam lebih kurang 2 tahun lalu. Tetapi kerana banyak kekangan maka ianya ditangguhkan. Baru tahun ini kami berpeluang menulis kembali lirik dan merakamkannya. Tak sangka, selepas dua tahun berlalu kami masih perlu merakamkan lagu ini. Menunjukkan bagaimana keadaan di Palestin tidak banyak berubah. Melainkan Gaza yang kini sudah hancur menjadi medan perluru dan bom.
Klik sini untuk dengar Balada Palestine.
alFaisal
Kuala Lumpur
1 April 2009 / 5 Rabiul Akhir 1430
11.30 pm




3 comments
Okey baru laa boleh dengar lirik lagu ni... Gaza Nite hari tu dengar gedang2 je haha.
Gaza Nite Grand Dinner tu PA dia memang hancus. Masa soundcheck kitorang dah elok-elok setting, bila majlis nak start tengok semua setting dah berterabur. Mic adik saya pun tetiba nyaring dan melampau reverb. Sampai distort. Tu susah bila MMU tak serahkan tugas jaga PA Grand Hall pada orang yang ahli... :)
Soundcheck je pun tak cukup la ni... huhu. Nak kena ada sorg jadi guard jaga takde yang amai tangan kacau setting pulak. Serius tak dengar satu apa pun, yang dah selalu dengar mcm lagu michael heart tu boleh jugakla nak tangkap2.
Apa-apa pun, terima kasih untuk performance malam tu. Dan jugak sebab bawak kawan kami yang dah lama tak jumpa. :)
Post a Comment