| 6 comments ]


Kelmarin sekali lagi saya menyampaikan ceramah di Islamic Information Services Foundation (IIS), Setiawangsa. Selesai sesi masing-masing, kami akan berehat dan berbual-bual di ruang sofa pejabat.

Bro. Shah Kirit yang baru selesai menyampaikan ceramahnya turut menyertai saya, Rahmat dan beberapa brothers lain berbual-bual.

Sewaktu berbincang topik berkenaan mosque tour. Bro. Shah berkongsi pengalamannya ketika membawa sekumpulan sahabat dari agama lain melawat masjid. Beliau menceritakan masalah lazim yang sering berlaku apabila membawa sahabat-sahabat bukan Islam ke masjid. Pelawat bukan Islam ditegah memasuki musolla (dewan solat). Cuma cerita kali ini agak lucu kerana alasan yang diberikan penjaga masjid.

Penjaga masjid tersebut melarang memasuki musolla dengan alasan bahawa orang bukan Islam tidak bersih. disebabkan belum berkhatan. Maka kawasan ‘tersebut’ biasanya tidak dibersihkan sebaiknya. Apabila ditanya oleh sahabat bukan Islam tersebut apakah dia boleh masuk sekiranya dia membersihkan sebersih-bersihnya. Penjaga tersebut tidak dapat menjawab, termakan dengan ‘dalil’nya sendiri. Namun itu tidak mengubah sikap penjaga masjid tersebut terus melarang tanpa alasan kukuh.

Bro. Shah menceritakan akhirnya dia terpaksa menjelaskan pada sahabat bukan Islam tersebut. Bahawa di zaman Nabi Muhammad SAW bukanlah sesuatu kesalahan bagi yang bukan Islam memasuki masjid baginda.

Saya sudah pernah menyentuh isu bukan Islam memasuki masjid di dalam entri Bolehkah Bukan Islam Memasuki Masjid. Tak perlu saya bercerita panjang lagi.

Kemudian Rahmat pula berkongsi kisah seorang kawannya. Ketika kawannya, seorang Muslim sedang makan. Datang seorang kawan yang bukan Islam bertanya, mengapa orang Islam makan pakai tangan kanan, mengapa tidak guna tangan kiri. Jawapan yang diterima adalah, “Aku makan tangan kanan sebab nak lempang kau dengan tangan kanan!”

Wah garangnya! Barangkali pada sahabat beragama Islam itu. Jawapan sebegitu akan menampakan heroic dan gagahnya yang bercakap.


Bro. Shah Kirit (kanan) dan bro. Rahmat (baju putih)

“Kalaulah betul pun yang bertanya tu ada niat tidak baik. Kita tetap kena berikan jawapan dengan cara yang terbaik. Kerana kita kena ingat, Umar al-Khattab dulu sebelum memeluk Islam pun ada rasa benci pada Islam, sebab masih ada salah tanggapan dan sebagainya. Tetapi akhirnya dia (yang membenci Islam itu) memeluk Islam,” Bro. Shah berkongsi pandangan.

Kami mengangguk setuju. Sirah pernah membuktikan, orang yang memerangi Islam dengan senjata (bukan kata-kata sahaja) pun boleh berubah hatinya kembali kepada fitrah kejadiannya, Islam. Maka apakah relevennya sikap sesetengah ‘promoter’ agama Islam berpegang pada slogan, “alah dia tu bencikan Islam, tak payah layan soalan-soalan dia!”

Wallahua’lam.


alFaisal
Kuala Lumpur
23 Jun 2008 / 18 Jamadil Akhir 1429
4.35 pm
http://demipena.blogspot.com

6 comments

safiyah said... @ June 25, 2008 5:14 PM

askum awak..

sorry jikalau soalan saya lari jauh dari cite awak ...
secara peribadinya..
"apa komen awak tentang tabligh?"

alFaisal said... @ June 25, 2008 6:17 PM

Secara peribadi saya merasakan tabligh satu gerakan yang cukup komited dan bersemangat dalam usaha dakwah. Saya pernah duduk berbual-bual bersama mereka dan kagum dengan kebaikan akhlak ahli-ahlinya melayan saya dan kawan-kawan. Saya tak nafikan ada beberapa perkara mungkin bagus kalau dapat diperbaiki. Namun secara keseluruhan saya menghargai usaha mereka :)

wallahua'lam.

nazihah said... @ June 26, 2008 6:41 PM

stp orang mungkin mempunyai pandangan dan prinsip yg berbeza,
sorg percaya dgn cara A, sorg lebih setuju dgn cara B, yg lagi sorg selesa dgn cara C..
tetapi matlamat akhirnya sama..

saya percaya stp cara ada kebaikan dan kelemahan tersendiri..
kelemahan boleh diperbaiki..
kebaikan kita contohi.. :)

yg silapnya, bila kita sibuk berkata ttg org lain, yg itu tak kena..yg ini tak kena..tanpa disedari kita sendiri x buat apa2.. ^-^

dakwah itu suatu seni..

skadar pndgn peribadi jg :)

teeny said... @ July 11, 2008 2:52 PM

salam 'alaik.
wah teruja tgk bro ngah pgg mike bg ceramah kat org..:p
huhu. garang sungguh jawapan org islam tu. pernah terbaca dlm buku mastika, seorg lelaki betul2 nak masuk islam sbb dia tahu islm tu benar n then di pun alhamdulillah dah masuk islam atas dorongan ustazah nya yg selalu membantu. bila ustazah dia pindah, kehidupan dia bertambah susah. keluarga dia pun dah buang dia. kemana2 pun dia pegi, org islam sentiasa kutuk dia lebih krg mcm nie "kalau niat tak ikhlas nak masuk islam, baik xyah masuk islam la.." at last, di kembali pada agama dia balik. sbb dia berpendapat pada agama asalnya, dia hidup bahagia bersama keluarga tetapi dalam islam dia dibenci, seolah2 xda dorongan. erm. dah byk lupa tntg cerita tu. tapi terkilan sungguh baca dgn perangai segelintir org islam yg mcm tu. entah apa agaknya yg diorg fikir. diorg xsuke ke kalau agama lain memeluk islam?? mmg pelik..

wallahu 'alam..

humaiRah said... @ July 14, 2008 9:58 PM

salam, bro faisal.

Di kampung saya, Bangkok, Thailand terdapat sebuah madrasah yang mempunyai tenaga pengajar muslim dan non muslim. Setiap hari semasa Zohor, pelajar-pelajar dan guru-gurunya termasuklah guru-guru yang bukan muslim diwajibkan masuk ke dalam masjid, utk sesi nasihat harian.

Ustaz-ustaz akan mengajar ringkas tentang sesuatu isu yang berlandaskan quran dan sunnah secara ringkas. secara tidak langsung, kita telah berdakwah dan menunjukkan nilai murni dalam islam kepada yang bukan muslim.

kesannya: membuka minda mereka terhadap apa sebenarnya yang dimaksudkn dgn Islam. pada hari ini, terdapat banyak kejadian-kejadian yang menimbulkan rasa takutkn islam.

Apa yang ditonjolkn oleh kita (percakapan, perbuatan dll) juga merupakan salah satu cara berdakwah. oleh demikian, hendak lah kita berjaga-jaga dalam setiap langkah dan perbuatan. wallahualam~

alFaisal said... @ July 15, 2008 2:10 AM

neem: Ya tepat. We're not just to convey a message. But we are suppose to be the message too :)

Post a Comment