Sebentar tadi tamat sudah peperiksaan mid-term untuk subjek Basic Economics, Management and Accounting. Agak lucu sebenarnya menduduki peperiksaan mid-term seminggu dua lagi sebelum peperiksaan final.
Agak stress juga minggu ini. Bertindihnya peperiksaan dan final year project yang perlu disiapkan segera kerana tarikh final presentation minggu depan sahaja. Kini saya dan ahli kumpulan untuk final year project saya sudahpun mula ‘bertapa’ di bangunan FIT. Ribuan terima kasih kepada Tekong, CEO Flavert Media Lab (promosi ni) yang sudi membantu memohon untuk mendapatkan bilik bagi memudahkan kami berkumpul dan menyelesaikan tugas.

Dan dalam melalui detik ini, firmanNya yang terus menjadi motivasi buat saya…
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. [as-Syarh 94:5-6]
Saya harap para pembaca blog ini dapat mendoakan agar kerja kami dapat berjalan dengan lancar dan memperoleh kejayaan. Juga doakan kejayaan buat saya untuk final exam. Memandangkan suasana tidak mengizinkan untuk saya menulis sebarang pengisian baru buat blog ini. Nikmatilah dahulu video berikut…
Purpose of Life by Yusuf Estes



1 comments:
gud luck for ur final exam......cam biasa motto student lelaki....."study biar lepak, result biar gempaq"
Ni yg wat s2dnt2 pompuan selalu tension ngan bebudak lelaki ni...
nampak cam maleeeeehhhhh jer, tengok2 scorer.....hahahahha
Post a Comment