Wednesday, April 05, 2006

Sebaran Mengenai Alamat Kematian

[edit] Untuk membaca sebaran yang dimaksudkan sila klik - lampiran -

Dalam satu artikel yang difowardkan kepada saya mengenai alamat atau tanda-tanda kematian. Terdapat banyak perkara-perkara meragukan menyebabkan saya menulis risalah ringkas ini dalam kesuntukkan masa dan kesibukan harian. Setiap yang baik adalah dari Allah dan kekurangan adalah natijah kelemahan saya sebagai makhluk yang tidak sempurna.

Tertulis di dalam artikel tersebut:

> Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan
> memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau
> mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi
> sakaratulmaut secara sendirian. Beliau
> menyediakan dirinya dengan segala persiapan
> termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya
> sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan
> kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya
> iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk
> menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika
> Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan
> bahagian mukanya.

Terdapat keraguan di dalam bahagian ini. Imam Ahmad ibn Hanbal wafat pada tahun 241H/865M [Dr. Wahbah az-Zuhaili, Fiqh dan Perundangan Islam, DBP]

Manakala Imam Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali lahir pada tahun 450H/1058M [http://www.ghazali.org] .

Jadi adalah mustahil mereka bertemu kerana Imam Ahmad Ibn Hanbal telah wafat lebih kurang 200 tahun sebelum lahirnya Imam al-Ghazali. bagaimana pula Imam Ahmad boleh membantu menguruskan kematian al-Ghazali? Nampaknya pelbagai cara digunakan semat-mata untuk menyokong hujah bahawa manusia mampu mengetahui waktu ajal mereka.

Kematian adalah termasuk didalam perkara-perkara yang dirahsiakan Allah subhana wa ta'ala.

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di bumi mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. [ Hadis dari Abdullah Ibn Umar r.a. Dikeluarkan Imam Bukhari dalam sahihnya hadis no:4627]

Berkata Sheikh al-Alusi dalam komentarnya mengenai kiamat :

"Allah telah merahsiakan Al-Saa'ah (hari Kiamat) kerana hikmah shar'i dan sebab kenapa ia begitu, kerana ia lebih berkesan didalam menyeru orang mentaatinya dan menjauhkan mereka dari melakukan maksiat, sebagaimana dia merahsiakan ajal seseorang itu... dan petikan kenyataan ini menunjukkan bahawa Nabi saw tidak mengetahui bila Al-Saa'ah bermula. BENAR, baginda mengetahui ia agak dekat didalam ertikata yang umum, dan baginda saw memberitahu kita yang itu" [Tafsir al-manar]

Benar Baginda sendiri pernah bercerita kepada Fatimah tentang kewafatan baginda:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memanggil Fatimah dan bercakap dengannya secara rahsia. Tiba-tiba Fatimah menangis, baginda bercakap lagi, sejurus kemudian Fatimah tersenyum. Aisyah berkata: Lalu aku bertanya kepada Fatimah: Apa yang Rasulullah s.a.w katakan padamu menyebabkan kamu menangis dan ketawa. Fatimah berkata: Aku menangis kerana Rasulullah memberitahu aku tentang kematiannya dan aku ketawa kerana akulah orang pertama dari kalangan keluarganya yang akan menyusuli baginda.

[ Hadis dari Aisyah r.a. Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, Kitab Kelebihan Para Sahabat r.a (Bab Kelebihan Fatimah Puteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) hadis no. 4486]

Namun adalah tidak mustahil untuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk mengetahui perkara-perkara ghaib. Sumber kita dalam mengetahui hal-hal ghaib selain al-Quran adalah melalui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. HANYA Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerima perkhabaran dari Allah subhana wa ta'ala tentang perkara-perkara ghaib. Telah Allah nyatakan dalam firman-Nya:

Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya; maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan). [al-Jinn 72: 26-27]

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. [al-An’aam 6:50]

Maka setiap perkara yang melibatkan hal-hal ghaib ilmunya mestilah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Alamat atau tanda kematian seperti yang disebar-sebarkan memang tidak terdapat hadis-hadis yang sahih yang menyokong pendapatnya. Maka darimanakah diperolehi pengetahuan-pengetahuan mengenai perkara-perkara ghaib tersebut?

Terdapat beberapa hikmah yang tersirat mengenai dirahsiakan tarikh dan saat kematian, diantaranya yang boleh kami sebut ialah :-

1. Umat Islam diseru sentiasa melakukan taubat kepada Allah swt dari segala dosa yang mereka lakukan, baik kecil ataupun besar.

2. Adalah menjadi satu sunnah Nabi saw menyeru Umatnya agar sentiasa mengingati mati.

3. Umat Islam perlu ingat bahawa mati itu akan datang bila-bila masa sahaja, dan mereka sentiasa bersedia menghadapinya. Mereka sentiasa mempertingkatkan amalan masing-masing.

4. Ingat akan mati boleh memecahkan benteng nafsu yang rakus dan juga sikap ego seseorang.

5. Hati yang sentiasa mengingati mati akan sentiasa takut kepada Allah swt, dan akan menimbulkan kekhusyukkan didalam amal ibadatnya, lantas meningkatkan quailiti ibadat seseorang.

6. Dengan dirahsiakan tarikh kematian, manusia akan sentiasa melakukan amalan soleh dan mengingati Allah swt selalu.

7. Umat Islam disunnatkan menziarahi orang yang mati, lantaran ia menimbulkan keinsafan didalam hati manusia, terutamanya bila Imam menghadapi zaman menurunnya.

Kita boleh bayangkan kalau setiap orang diberi alamat dan tanda kematian, sudah pasti mereka akan hanya melakukan taubat dan amal soleh bila sudah kelihatan alamat-alamat kematian sahaja. Berlakulah keadaan yang kucar kacir kerana orang-orang yang melakukan maksiat boleh meneruskan kefasadan (kejahatan) mereka kerana mereka mengandaikan suatu masa nanti mereka akan bertaubat apabila timbul alamat-alamat kematian tersebut. Disana ada perkara-perkara lain yang boleh diketahui berkenaan dengan kematian yang terdapat didalam hadis-hadis sahih, contohnya tanda-tanda kematian yang baik! [ Disunting daripada jawapan Ustaz Kamin dari al-ahkam.net.]

Wallahua’lam.

alFaisal
Cyberjaya
5 April 2006 / 6 Rabiul Awwal 1427
4.09 am

30 comments:

cincingeliga said...

Ini pertama kali saya baca tulisan saudara dan saya dapati ianya amat baik untuk semua. Good job!

imtihan88 said...

assalamualaikum....time kasih atas
ilmu yg dikongsikan..semoga kte sentiasa muhasabkn diri kte....ameen...

alFaisal said...

alhamdulillah dan terima kasih buat saudara/saudari(?) berdua:) sekiranya terdapat salah atau silap sama2lah kita perbaiki insyaAllah.

Anonymous said...

Disana ada perkara-perkara lain yang boleh diketahui berkenaan dengan kematian yang terdapat didalam hadis-hadis sahih, contohnya tanda-tanda kematian yang baik!

Apakah yang dimaksudkan dengan ayat tersebut?

alFaisal said...

yang dimaksudkan ayat di atas adalah terdapat di dalam hadis2 sahih menerangkan tentang tanda2 mereka yang mendapat khusnul khatimah atau kematian yang baik. tetapi tiada petunjuk dari kedua sumber tersebut mengenai tanda2 akan menghadapi mati!

Anonymous said...

assalamualaikum saudara...

ingin bertanya..
sy juga menerima msg tanda-tanda kematian yang difowardkan.. sy amat musykil.. dari manakah mereka mendapat perkara tersebut?

Anonymous said...

A'kum,

Saya amat meminati sumbangan dan artikel anda berikan dalam blog ini. Saya ingin bertanya kepada anda. Apakah kita patut mempercayai tanda-tanda yang tiada nas yang sahih seperti tanda kematian ini? Adakah ianya berdasarkan pemerhatian ataupun progaganda pihak tertentu yang ingin melemahkan umat Islam. Diharap anda boleh menjelaskan mengenai perkara ini.

alFaisal said...

Wassalamualaikum,

Alhamdulillah, moga sumbangan yang sedikit ni ada nilainya di sisi Allah Subhana wa Ta'ala. Waktu kematian, waktu kiamat (sekadar menyebut beberapa contoh) adalah perkara2 ghaib. Perkara2 ghaib memerlukan petunjuk daripada al-Quran ataupun as-Sunnah sebab tiada manusia mampu mengintai2 hal2 ghaib ni. Kalau tiada petunjuk daripada nas-nas maka tidak perlu kita buang masa percaya. Mcm kes tanda-tanda akan menghadapi kematian, di satu sudut ianya beri kesan buruk yang mana orang akan tunggu dapat tanda2 mcm yang dikatakan baru nak insaf. Sedangkan hikmah dirahsiakan kematian adalah supaya kita sentiasa dalam keadaan sedia.

Saya tidak berani nak mengatakan apakah ianya propaganda pihak tertentu atau tidak namun saya tidak juga tolak dalam sesetengah khabar palsu yang sengaja disebarkan kemungkinan ada. Namun yang saya lihat ianya cepat tersebar kerana umat Islam di Malaysia memang umat Islam di Malaysia suka benda2 macam ni selain tiada tertanam dalam diri manhaj atau metode meenyelidik sumber dan kembali melihat kepada al-Quran dan as-Sunnah yg sahih.

wallahua'lam :)

Anonymous said...

A'kum

Terima kasih atas penjelasan yang diberikan, sesungguhnya manusia sekarang semakin dalam bahaya jika perkara yang berkaitan dengan emel berantai ini semakin berleluasa tanpa menyelidik kesahihan dari Al-Quran atau hadis. Jadi, adakah saudara bersetuju jika saya mengatakan dan untuk infomasi orang ramai bahawa JANGAN PERCAYA kepada tanda-tanda kematian ini? Kerana perkara sebegini boleh mengganggu emosi dan kualiti hidup seseorang kerana terlalu memikirkannya.

alFaisal said...

Ya saya bersetuju, jangan percaya perkara-perkara ghaib yang tidak terbukti dengan al-Quran dan as-Sunnah. Banyak lagi perkara yang sahih yang memerlukan kita percaya. Persedian menghadapi mati itu adalah setiap masa dan ianya bukan terhad dengan ibadah di atas sejadah saja. Mempersiapkan diri dengan aqidah yang sahih juga merupakan persediaan menghadapi kematian.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Terima kasih kerana memberi jawapan yang mungkin akan memecahkan persoalan kepada orang ramai. Saudara ni amik jurusan animasi kan? sy bekerja di sebuah syarikat animasi jugak... saudara boleh masuk ke www.flarestudios.com . hehehe

alFaisal said...

Laaa dari Flare ke. Saya ada apply nak buat internship kat sana hari tuh tapi takda rezeki nampaknya hehe. Kawan2 saya Putra ,ezafi ngan beberapa orang lagi tak ingat tengah intern kat sana :)

Anonymous said...

laaa yer ker... memang ader bebudak MMu yang tengah intern kat sini. baru 2 hari jer dorang tu... so skrang ni intern kat maner?

Anonymous said...

errr.. nak cakap skit ni, tadi ader tanyer dengan penyelia budak2 intern tu... dier cakap yang faisal ni memang dapat praktikal kat sini... mungkin ader yang termiss agaknya... kalau takder lagi tempat praktikal boleh bagitau kat saya la...

alFaisal said...

Oh yer ker? Mr.Zali cakap kalau diterima nanti ada akak (lupa nama dia apa ) akan call bagitau. Tapi takda siapa2 contact so kira paham2 sendiri hehe. Kalau betul maknanya ada miscomunication la kot ni. Alhamdulillah dah seminggu lebih dah intern kat SANA Vision Sdn. Bhd. Takpala mungkin belum ada rezeki nak bersana Flare :D

Anonymous said...

ooo macam tu ker? rasanya ader miscomunicate la kot... mintak maaf la ok... tapi zali cakap memang nama faisal ader dalam list... tapi takper la... kalau ader rezki boleh la keje kat sini... lagipun member2 faisal ader kat sini... mungkin boleh tukar2 pengalaman... hehehe... nama akak tu wawa :P

alFaisal said...

haha takpa2, kita merancang tetapi bergantung pada Allah mengizinkan segalanya. Mungkin ada hikmahnya semua ni :)

boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.[al-Baqarah 2:216]

InsyaAllah boleh bertukar2 pengalaman dengan member-member nanti. Haaa kak wawa nama dia:D

Anonymous said...

tu la.. zali ader cakap yang satu nama miss... macam mana leh miss plak.. adehh... alfaisal.. macam mana tawaran untuk jadi moderator smartg tu... masukla kat www.smartgeneration.com.my

alFaisal said...

uik tawaran jadi moderator? Kat situ? Nanti saya daftar tengok2. Sekarang ni saya moderator di Islamic Community di http://forum.jiwang.org/forums.html :)

Anonymous said...

sy dah setkan faisal untuk menjadi moderator untuk ruangan agama, diharap dapat la kiranya berkongsi ilmu-ilmu keagamaan di smartg...

alFaisal said...

yer ker? MasyaAllah... terima kasih. InsyaAllah saya cuba bantu mana mampu. Dulu jaga satu keluarga, ni dah ada dua kena jaga hehehe. Saya akan terima amanah yang diberikan dan buat yang terbaik insyaAllah :)

Anonymous said...

Assalammualaikum,

Saya ingin bertanya, di dalam intenet terdapat banyak sebaran mengenai tanda-tanda kematian ini. Ianya beserta dengan kisah-kisah saudara mereka atau contohnya nenek mereka meninggal dan ada tanda-tanda seperti yang terdapat dalam sebaran tersebut. Adakah ianya benar? Atau adakah ianya satu pembohongan yang nyata sekadar rekaan ?

alFaisal said...

Terdapat banyak kemungkinan dan perkara boleh diragui. Yang boleh diragui, bagaimana mereka tahu keluarga mereka yang sudah meninggal tu rasa seperti apa yang dinyatakan kerana di dalam tulisan tu menyatakan yg akan merasa adalah orang yang akan mati. Apakah setelah ia mati baru ia tersedar oh tanda2 tu betul lalu bangkit dari kematian memberitahu keluarganya? Pasti mustahil. Dan kalau si mati sendiri beritahu sebelum kematian dia ada rasa2 tersebut boleh jadi kebetulan dan boleh jadi dia pernah dengar orang bercerita tentang tanda itu ini maka ini mempengaruhi psikologinya. Ini mengingatkan saya pada satu kajian seorang pakar psikologi di Loch Ness (Discovvery Channel).

Dia melakukan ujikaji ini di dua tasik (salah satunya Loch Ness). Beliau meletakkan kayu pada sebuah pengapung dan melepaskannya. Terdapat mereka di tasik Loch Ness yang melihat kayu itu pada awalnya menyangka itu raksasa Loch Ness. Sementara di tasik satu lagi semua mengatakan ianya kayu pada pandangan pertama. Kesimpulannya, mereka di Tasik Loch Ness sudah dengar lagenda raksasa Loch Ness dan sebab tu bila nampak apa pun perkara pertama yg akan terlintas adalah mengenai raksasa Loch Ness. They have a bias judgement because they have an expectation.

Relatekan kepada kes tanda kematian, mereka sudah dengar cerita2 ini jadi apa saja yang dirasakan aneh maka dikatakan tanda kematian. Lihat sahaja akhbar, apabila ada suatu kematian. Maka mesti ada cerita ahli keluarga mengadu mangsa berkelakuan pelik la sebagainya. Walhal sebelumnya pasti keluarga mangsa takkan terfikir pun apa yang si mati lakukan itu aneh.

Nas-nas menjelaskan waktu kematian itu rahsia. Maka apakah wahyu menipu? Tidak tentu sekali tidak.

wallahu'alam.

Anonymous said...

Terima kasih atas penjelasan saudara yang begitu meyakinkan...semoga ianya menjadi pengajaran dan pelajaran kepada mereka-mereka yang jahil dan menyebarkan sesuatu tanpa bukti yang sahih.

alFaisal said...

Alhamdulillah, mana2 yang baik itu daripada Allah Subhana wa Ta'ala :)

Anonymous said...

saudara,

Satu lagi kamushkilan... kenapakah laman web yang berkaitan dengan agama islam seperti website perkim dan mymasjid ada diletakkan tanda-tanda ini sedangkan ianya tidak diketahui benar atau tidak, ini akan menyebabkan orang ramai keliru. Boleh saudara jelaskan?

alFaisal said...

Di Malaysia sikap meneliti kesahihan setiap perkara melibatkan agama Islam masih di tahap minimum malah organisasi2 keagamaan tidak terlepas dari sikap kurang teliti itu. Saya sendiri pernah terjumpa sebuah artikel yang menggunakan hadis yang tidak ditemui dalam mana2 kitab hadis (malah bercanggah dengan hadis Sahih) di laman mufti sebuah negeri. Kita tbersangka baik barangkali yang kendalikan website mufti tu orang lain. Demi nak pemuhkan isi dia copy paste sahaja apa2 artikel yang dia jumpa di internet.

Walau bagaimanapun, alhamdulillah di kalangan masyarakat,kelompok intelllektual, dan mahasiswa universiti khususnya, sikap yang benar dan teliti dalam menerima setiap input agama semakin berkembang dan berlakunya anjakan paradigma. Kita tidak dapat mengharapkan perubahan mengejut namun insyaAllah lagi 5-10 tahun sikap masyarakat akan berubah.Moga Allah membantu usaha2 ini.

Wallahua'lam.

Herman Mutiara said...

Alhamdulillah. Terima kasih atas artikel yang menarik ini. Saya baru saja terima surat berangkai ni. Memang susah nak terima sebab tiada nas dari sumber-sumber sahih. Ingin saya menegur si penghantar tu, namun tak tahu bagaimana. Alhamdulillah, artikel Saudara telah dapat menolong saya. Bolehkah saya minta izin untuk meletakkan artikel Saudara di blog saya?

alFaisal said...

Alhamdulillah, syukur dengar artikel ni dapat membantu saudara-saudara di luar sana. Ya silakan. Tentu sekali saya tidak keberatan:)

Ayu said...

Assallammualaikum w.b.t

Saudara, saya mohon izin saudara, untuk menyalin dan menyebarkan tulisan saudara dalam bentuk email kepada rakan2 seislam.. Saya akan quote bahawa artikel ini di ambil dari blog saudara.. Harap saudara tidak keberatan.. Saya akan melakukannya hanya setelah mendapat izin saudara..

Jazakallah.. terima kasih..